Majlis korban AMK Sg Buloh pupuk semangat kebersamaan penduduk
- Suara Keadilan
- Jun 10
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Suasana penuh semangat dan kebersamaan mewarnai Majlis Korban Anak Muda MADANI di parlimen Sungai Buloh sempena Hari Raya Aidiladha kelmarin, apabila anak muda dan penduduk setempat berganding bahu menjayakan ibadah korban tersebut.
Menerusi muat naik di media sosial, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sungai Buloh menzahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
"Alhamdulillah, majlis disempurnakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, AMK Malaysia dan Sungai Buloh serta Persatuan Penduduk Saujana Perdana 4 dan 5 yang hadir dan membantu menjayakannya.
"Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua AMK Malaysia, Saudara Kamil Munim atas sumbangan untuk majlis korban pada kali ini," katanya.

Dalam pada itu, AMK Sungai Buloh turut mengucapkan tahniah kepada ketuanya, Bariqul Zaman Batharul Zaman serta seluruh jawatankuasa yang sentiasa komited dan bekerja keras bagi memastikan majlis berjalan lancar.
"Semoga pengorbanan membawa erti dan keberkatan dalam hidup kita semua," ujar sayap pemuda itu lagi.
Comments