top of page

'Mahu selesaikan pandemik, selesaikan hala tuju pemerintahan dulu'



Pandemik Covid 19 perlu diselesaikan dengan cara terbaik, namun penyelesaian tidak akan terjadi jika hala tuju pemerintahan 'tunggang langgang' sebagaimana hari ini.


Bagi aktivis anak muda Kamil Abdul Munim dari Diwan Reformasi, untuk membaiki ekonomi katanya, perlukan tatakelola kerajaan yang baik agar rakyat mendapat bantuan secukupnya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.


"Sebelum mahu tangani pandemik dan masalah sekitarnya, ada masalah lain di atas yang mengikut hierarkinya perlu diselesaikan. Misalnya soal hala tuju, apa hala tuju negara kita sekarang?


"Bercakap soal belanjawan, kita tidak ada suntikan fiskal yang betul-betul menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu atau menyuntik ransangan kepada ekonomi


"Sebut soal defisit juga kita bersetuju bukan masa dan ketikanya cakap soal defisit kerana yang di bawah ramai merana. Jadi hal itu bukan masalah bagi kerajaan untuk mengumumkan satu pakej ransangan ekonomi pro rakyat. Itu pun tidak berlaku. Jadi apa masalahnya?


"Masalahnya sekarang kita tak tahu hendak ke mana," katanya dalam forum 'Membangun Politik Malaysia Bersama Anak Muda' di Facebook anjuran Gabungan Reformis Malaysia, baru-baru ini.


Beliau memberi contoh beberapa kementerian utama yang tidak responsif menghadapi kesan pandemik Covid ke atas rakyat dan tidak bertindak sebagaimana seharusnya dalam sistem demokrasi berparlimen, yang mengakibatkan kehidupan rakyat terumbang ambing.


"Saya bagi contoh Kementerian Kesihatan. Berapa kali Menteri Kesihatan keluar beri penerangan mengenai Covid? Kita dalam demokrasi berparlimen, kementerian itu dilantik melalui proses yang mewakili rakyat dan dia harus bertanggungjawab terhadap kementeriannya.


"Kedua, Kementerian Pendidikan. Kita telah bercakap mengenai pandemik ini diperingkat awal lagi (2020) tetapi sepanjang setahun Menteri Pendidikan ini apa rancangan dan pelan dia terhadap sistem pendidikan, method, blue print atau dasar?


"Jadi hal ini menyebabkan banyak masalah timbul. Terutama akses pembelajaran di luar bandar. Soal kemudahan internet yang bermasalah.


"Saya percaya kita punya keupayaan bangunkan insfrastruktur internet dengan cepat. Kita tahu ramalan pandemik ini berlanjutan 2 - 3 tahun. Namun sepanjang itu tak kan kita tidak boleh bangunkan infrastruktur asas? Ini seolah-olah menunjukkan kerajaan yang ada tak nampak masalah sebenar," katanya.


Kamil turut mengkritik pakej Permai menangani PKP 2.0 yang diumumkan baru-baru ini, memberi perlepasan cukai kepada golongan berpendapatan RM35,000 ke bawah untuk membeli peranti. Sedangkan katanya, golongan tersebut memang tidak wajar dikenakan cukai pendapatan.


"Peranti jadi isu, saya tak nampak apa-apa dalam pakej Permai menyelesaikan masalah pelajar tiada peranti. Mahu belajar dari rumah macam mana?


"Pendidikan ini satu perkara asas. Kita kena melabur dalam pendidikan untuk pastikan kita dapat melahirkan modal insan. Ini penting tetapi masalah ini tidak kita selesaikan.


"Kenapa PM umumkan pengecualian cukai kepada mereka berpendapatan RM35,000 ke bawah. Apa yang orang ini boleh dapat? Kebanyakannya golongan B40 yang majoriti berpendaptan RM35,000 setahun, jadi tak dapat faedah pengecualian cukai itu.


"Kalau isu utama seperti ini tidak diselesaikan, kita tidak boleh bergerak," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page