Mahu hentam PMX pastikan kenal Menteri Luar China dahulu
- Suara Keadilan

- Nov 3
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Laskar siber pembangkang serta para simpatisan mereka menunjukkan kedunguan apabila mentohmah foto Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) di Persidangan APEC baru baru ini, kononnya dihalang daripada bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping oleh pegawai presiden berkenaan.
Sedangkan, hal yang berlaku dalam pertemuan di Korea Selatan itu adalah Menteri Luar China, Wang Yi tergesa gesa untuk bersama Presiden Jinping dan Anwar dalam momen berkenaan untuk menterjemah perkataan kedua dua pemimpin, menunjukkan betapa PMX dihargai oleh pemimpin tinggi China.
Sehubungan itu, Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan Mohd Hisyamuddin Ghazali menempelak pengkritik PMX kerana tidak mengenali Menteri Luar kuasa besar Asia, dan mentohmah tindakan Menteri itu menunjukkan isyarat jari sebagai 'menghalang' Anwar mendekati Jinping.

Mohd Hisyamuddin menegaskan pada era teknologi masa kini, sepatutnya identiti boleh dibuktikan dengan mudah memandangkan segala maklumat berada di hujung jari sebelum pengkrtik PMX mahu menghentam.
"Kita letak je gambar lelaki tu di Google Image Search, keluar terus muka dan jawatan dia. Ni bukan zaman Pak Kaduk dan macai-macai dulu, boleh putar belit media.
"Sebenarnya itu adalah Wang Yi, Menteri Luar China yang datang bertemu PMX dan Xi Jinping untuk terjemahkan perbualan dua tokoh tersebut.
"Terdapat video penuh dalam talian internet, Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian.
"Eric See-To - Lim Sian See kamu tu Cina, kenapa kamu suka adu domba seolah olah Menteri Luar China dan Presiden China tak 'ngam' dgn PMX? Cina murtad ke?" soal Mohd Hisyamuddin dalam satu muat naik di Facebook beliau.
Terdahulu, laman Facebook Eric See-To - Lim Sian See memuat naik hantaran dengan kapsyen 'It's rude to point. Orang China tak faham bahawa ianya tak sopan untuk tuding jari? Jadi kita kena boikot China ke apa sekarang?'
Kapsyen tersebut mendorong Mohd Hisyamuddin, atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz untuk tampil membetulkan keadaan yang telah disalah tafsir.









Comments