top of page

Mahkamah tolak bantahan awal petisyen pilihanraya Marang disambut baik



KEADILAN Kemaman menyambut baik keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak bantahan awal petisyen pilihanraya ke atas kawasan parlimen Marang, Terengganu semalam.


Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, penolakan itu akan membawa kepada perbicaraan penuh mengenai dakwaan salah laku membeli undi dalam pilihan raya umum lalu.


"KEADILAN Kemaman hari ini menyambut baik keputusan mahkamah menolak bantahan awal oleh presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung petisyen PRU 15 yang difailkan di mahkamah tinggi Kuala Terengganu oleh Datuk Seri Ahmad Said mewakili pihak UMNO Negeri Terengganu.


"Penolakan kepada bantahan awal petisyen ini membolehkan perbicaraan penuh diadakan


"Perbicaraan petisyen pilihanraya ini penting bagi menamatkan polemik penggunaan wang secara berleluasa yang didakwa berlaku di Terengganu pada PRU 15 baru-baru ini," kata kenyataan itu.


KEADILAN Kemaman juga dalam kenyataan itu berharap masyarakat akan memberi perhatian terhadap perbicaraan tersebut dan bertenang menerima apa sahaja keputusan mahkamah kelak.


"KEADILAN Kemaman berharap masyarakat dapat bertenang dan memberi ruang kepada pihak mahkamah untuk menjalankan tugas secara adil dan bebas


"Kami juga sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa yang menjadi tonggak kerajaan perpaduan dan juga kebebasan badan kehakiman yang menjadi simbol keadilan yang unggul dan utuh," kata kenyataan itu lagi.


Petisyen pilihanraya bagi parlimen Marang dilakukan UMNO kerana parti itu mendakwa pengundi diberi wang dan diminta bersumpah untuk mengundi calon Pas dalam PRU lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page