top of page

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Bersatu, empat MP Sabah kekal



Oleh: Helmi Mohd Foad


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen di Sabah.


Hakim Datuk Amarjeet Singh berkata mahkamah terikat dengan keputusan kes di Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyoal keputusan Speaker Dewan Rakyat atas kekosongan empat kerusi berkenaan mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama.


Hakim menolak permohonan itu dan tiada perintah terhadap kos.


Terdahulu permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai pegawai awam parti itu selaku pemohon pada 17 April lepas.


Johari dan empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) dinamakan sebagai responden pertama hingga kelima.


Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat Ahli Parlimen itu kosong.


Dalam permohonan itu, Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Januari lalu yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.


Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.


Dalam kes itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, Chetan Jethwani dan Pravin Thangarajoo mewakili kedua-dua pemohon manakala Peguam Kanan Persekutuan Farah Shuhada Ramli mewakili Jabatan Peguam Negara dan peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin, Wafiy Azman, Woo J Enn dan Choo Shi Jin mewakili responden kedua hingga kelima.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page