top of page

Mahkamah Rayuan The Hague batal tuntutan Sultan Sulu atas aset Malaysia



Tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas aset Malaysia di luar negara yang dianugerahkan secara Final Award oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa sebelum ini terbatal apabila Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak dan memutuskan proses timbang tara terdahulu sebagai tidak sah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim ketika mengumumkan hal tersebut berkata dengan itu ganti rugi AS$15 bilion yang diperolehi waris Kesultanan Sulu sebelumnya adalah tidak sah.


"Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.


"Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, Kerajaan semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya Final Award yang tidak sah dan disalahgunakan oleh Pihak yang Menuntut sejumlah hampir AS$15 bilion yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa, dan sekaligus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah," katanya dalam kenyataan.


Malaysia dalam pada itu, kata PM, percaya keputusan Mahkamah Rayuan The Hague bersama-sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia Pihak yang Menuntut untuk menguatkuasakan Final Award di negara-negara lain.


Beliau menegaskan, Kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha melindungi kedaulatan, keselamatan negara dan kepentingan negara.


"Kes Sulu ini membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia MADANI.


"Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan semua Kementerian serta agensi berkaitan, termasuk peguam antarabangsa dan semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.


"Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha melalui apa-apa jua cara bagi menentang eksploitasi dan penyalahgunaan sistem timbang tara antarabangsa termasuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi mendapatkan kembali segala kos perundangan dari sumber kewangan negara yang terpaksa dibelanjakan dalam menangani tuntutan ini," katanya.


Dengan keputusan terbaharu itu, tegas Anwar, Kerajaan Malaysia yakin akan dapat menegakkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia berhubung tuntutan Kesultanan Sulu pada waktu ini dan masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page