Mahkamah Rayuan kekal sabitan ke atas Najib



Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib adalah betul dan tidak khilaf.


Kesemua hakim sebulat suara mendapati tiga pertuduhan pecah amanah Najib melampaui keraguan munasabah.


hakim menolak alasan najib dalam pembelaannya bahawa tindakan yang beliau lakukan dalam kes SRC International adalah bagi kepentingan nasional.


Hakim Abdul Karim malah menyifatkan tindakan perayu sebagai memalukan Malaysia.


"Ini bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (national embarrassment),” katanya.


Abdul Karim juga berkata, Mahkamah Rayuan mendapati wang yang dipindahkan dalam akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan perayu mengetahui mengenai kemasukan wang daripada dana SRC dalam akaunnya.


Sebelum itu, Najib dan pasukan pembelaannya dalam prosiding secara hibrid itu muncul menerusi aplikasi Zoom pukul 9.15 pagi.


Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara ke atasnya, bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram dan denda RM210 juta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER