top of page

Mahiaddin mesti jelaskan isu penyelewengan terkait menantunya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 8, 2023
  • 1 min read


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin digesa memberi penjelasan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian yang didakwa melibatkan menantunya.


Gesaan itu disuarakan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil susulan laporan SPRM sedang mengesan dua individu iaitu menantu kepada Muhyiddin Muhammad Adlan Berhan, 48, dan seorang lagi individu Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan tersebut.


"Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini...beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan," katanya dipetik ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru, malam tadi.


SPRM dalam kenyataan semalam berkata, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas.


Setakat ini menurut agensi itu tiada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page