top of page

Mahiaddin, Hamzah alami krisis kepercayaan wakil rakyat sendiri



Oleh: Helmi Mohd Foad


Tindakan berani empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memberikan sokongan kepada Perdana Menteri menunjukkan gambaran bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, situasi yang berlaku memperlihatkan bahawa Ahli Parlimen pembangkang semakin muak dengan sikap pemimpin PN yang hanya mengutamakan kepentingan politik dan diri sendiri, kononnya mampu mengambil alih kerajaan secara pintu belakang berbanding membela nasib rakyat.


"Empat orang Ahli Parlimen itu (sebenarnya) mengamalkan demokrasi dari rakyat kepada rakyat. Mereka lebih pentingkan kawasan mereka bagi memastikan ia tidak ketinggalan.


"Jadi mereka memperlukan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan di kawasan mereka," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.


Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sebaliknya Mahiaddin, Hamzah dan juga Presiden Pas Hj Hadi Awang masih bersikap ego dan meneruskan cita cita untuk merampas kuasa daripada Kerajaan Perpaduan.


"Mereka ini bukannya mahu melihat kepentingan rakyat dan ekonomi tetapi tidak sudah-sudah dengan niat rampas kuasa," katanya.


Dalam pada itu, Mahfuz menyatakan terdapat banyak lagi Ahli Parlimen pembangkang termasuk daripada Pas yang akan bertindak berani memberikan sokongan kepada Perdana Menteri kerana mengutamakan kepentingan rakyat di kawasan mereka.


Tegas Mahfuz, tindakan pemimpin utama PN enggan berunding dengan Kerajaan Perpaduan berkenaan butiran peruntukan parlimen dibelanjakan untuk apa telah menyebabkan wakil rakyat mereka hilang sabar.


Ahli Parlimen PN melihat tidak ada salahnya perundingan, kerana sewaktu Pakatan Harapan menjadi pembangkang Ketua Pembangkang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berunding dan menandatangani memorandum kerjasama untuk mendapatkan peruntukan parlimen.


Dalam dua bulan, empat Ahli Parlimen PN iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) dan Zahari Kechik (PN-Jeli) telah menyatakan sokongan kepada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu kawasan mereka tidaka ketinggalan daripada aspek pembangunan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page