top of page

Mahiaddin cerita ternak ayam buka pekung kegagalan sendiri?



Ceramah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin di Negeri Sembilan beberapa hari lalu bahawa cara untuk memastikan bekalan telur dan ayam mencukupi untuk keluarga ialah dengan menternak sendiri sebagaimana beliau lakukan, sebenarnya membuka pekung dada sendiri.


Menurut Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Ammar Atan, bukankah di bawah pentadbiran Mahiaddin sebelum ini telah diluluskan Dana Jaminan Makanan dengan peruntukan RM 190 juta. Namun malangnya rakyat tidak melihat sebarang hasil daripada peruntukan itu.


"Di bawah Dana Jaminan Makanan dengan peruntukan RM 190 juta itu tidak dapat tercapai sepenuhnya. Sebahagian daripada 1,248 projek masih dalam fasa pelaksanaan atau belum dimulakan hingga akhir 2021, dan ia menjejaskan sasaran pengeluaran hasil termasuk bekalan telur dan ayam.


"Oleh itu, kerana kegagalan inilah menyebabkan bekalan telur dan ayam terputus," kata Ammar dalam kenyataan hari ini.


Ketika era Mahiaddin juga, kata beliau, banyak inisiatif atau subsidi untuk industri penternakan ayam dan telur dihentikan, sedangkan ketika itu sedang berlaku kejatuhan permintaan yang mendadak.


Akhirnya penternak atau pengeluar yang kerugian terpaksa mengurangkan jumlah penternakan bagi menjimatkan kos makanan ternakan.


Apabila ekonomi dibuka semula, ujar Ammar, berlaku kejutan permintaan yang tinggi dalam keadaan pengeluaran atau bekalan ketika itu rendah, sehingga harga melambung naik.


Ditambah pula, katanya, krisis antarabangsa seperti Perang Rusia - Ukraine menjadikan harga makana ternakan melambung sehingga sektor tersebut semakin sukar dipulihkan.


"(Oleh itu) saya tumpang simpati kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kerana beliau terpaksa mencuci dosa dosa Mahiaddin dan kabinetnya untuk memulihkan bekalan telur dan ayam.


"Sedarlah wahai PM8, anda lah punca kepada ketidaktentuan politik, ekonomi dan masa depan rakyat serta negara.


"Negara caca merba dan tidak stabil kerana pelbagai langkah sumbang anda. Bertaubatlah sebelum terlambat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page