top of page

MAHB, polis bincang tingkatkan keselamatan di lapangan terbang



Kementerian Pengangkutan akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengambil langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang di seluruh negara.


Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung gesaan memasang alat pengimbas di pintu masuk lapangan terbang untuk mengenal pasti barangan yang dibawa orang ramai kerana ia tertakluk kepada pelbagai pertimbangan dan perbincangan.


"Selain polis, memang Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) sebagai operator lapangan terbang mempunyai polis bantuan mereka sendiri, jadi ini akan ditambah baik.


"(Pasang alat pengimbas) setakat ini belum lagi (ada keputusan), kita perlu bincang lebih lanjut, apa-apa langkah spesifik perlu ambil kita pelbagai pertimbangan dan perbincangan lanjut dengan polis dan MAHB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Stesen Pengecasan EV, Evlution di RHB Centre di Kuala Lumpur hari ini.


Loke berkata, perbincangan tersebut akan diadakan secepat mungkin memandangkan pihak polis telah membuat kenyataan dan mengambil tindakan pantas berhubung perkara tersebut.


Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam menggesa kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diperketat susulan kes tembakan pada awal pagi Ahad menyebabkan seorang pengawal peribadi cedera parah dalam serangan ke arah majikannya.


Polis mengenal pasti seorang suspek lelaki berumur 38 tahun melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu ketibaan jemaah umrah dari Tanah Suci Mekah di KLIA.


Suspek berjaya diberkas pihak polis ketika keluar dari sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan petang semalam dan ditahan reman selama tujuh hari hingga 22 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api secara tidak sah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page