top of page

Mahathir jadi penasihat: 'Elok Tun M bawa Pas kembali ke pangkal jalan'



Pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebagai penasihat kepada 4 negeri yang ditadbir Pas dialu alukan oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.


Menurut Mahfuz, sudah tiba masanya Tun Mahathir yang sejak puluhan tahun lalu menganggap Pas parti sesat dijadikan penasihat untuk mengembalikan parti itu ke pangkal jalan.


"Saya ucap tahniah kepada Tun Mahathir yang disepakati oleh 4 Kerajaan Negeri dipimpin Pas dan dengan persetujuan pimpinan utama Tok Guru Hj Hadi untuk melantik Tun Mahathir sebagai penasihat kepada 4 Kerajaan Negeri ini


"Tun yang pernah mendakwa Pas parti kafir, pernah menganggap Pas parti pecah belah. Tun menganggap Amanat Hj Hadi adalah punca kepada berlakunya peristiwa Memali maka sangat wajar Tun mengambil peranan untuk menasihat pimpinan Pas melalui peranan sebagai penasihat 4 Kerajaan Negeri.


"Wajar Tun menasihatkan mereka untuk memperjuangkan Islam Pas yang Tun pernah anggap parti kafir. Tun juga harus perbetulkan kembali doktrin yang dibawa Hj Hadi melalui Amanat Hj Hadi yang telah menjadi punca kepada perbalahan dan perpecahan seperti mana yang didakwa Tun satu ketika dahulu," ujar Mahfuz dalam satu siaran media di Tiktok.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu lagi, khidmat Tun amat diperlukan kepada parti yang beliau pernah dakwa 'membunuh' anggota polis sehingga menyebabkan berlakunya tragedi rusuhan Memali pada 1985 mengorbankan 13 jiwa, supaya Pas menjadi lebih bersederhana dalam berpolitik.


"Ini sangat baik dan sangat wajar. Kepada pimpinan Pas dengarlah nasihat daripada Tun supaya kamu semua dapat kembali ke pangkal jalan.


"Bukan lagi Islam versi Pas. Islam yang menghindar daripada doktrin pecah belah dan kebencian seperti didakwa oleh Tun," katanya lagi.


Untuk rekod, baru baru ini Tun Mahathir telah dilantik oleh kumpulan 4 negeri di tadbir Pas atau SG4 untuk menjadi penasihat kepada pentadbiran negeri negeri tersebut dalam pelbagai isu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page