Mahathir bebanan lampau, tidak lagi disokong kaum Melayu - Syed Badli



Idea Gabungan Besar Pembangkang yang melibatkan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menjadi kenyataan berikutan perkembangan terbaharu perseteruan beliau terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Tun Mahathir sebaliknya merupakan politikus angkatan lama dan beliau mempunyai terlalu banyak bebanan lampau yang tidak boleh diurus.


Sehubungan itu, katanya, Pakatan Harapan (PH) tidak wajar terperangkap dalam idea gabungan besar pembangkang ketika mana Tun tidak ikhlas untuk memberikan kerjasama.


"Serangan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau gagal mengenepikan perbezaan politik dan masih terkandas dalam pemikiran sempit permusuhan masa lalu.


"Kenyataan terbaru itu menunjukkan beliau sudah tidak lagi relevan untuk terus berada dalam arus politik semasa dan PH seharusnya bergerak ke hadapan tanpa diganggu kelibat Tun Mahathir.


"Kegagalan beliau untuk mempengaruhi undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil DUN Slim pula memberi isyarat bahawa beliau sudah ditolak rakyat kerana komposisi kerusi tersebut diwakili oleh 75% Melayu," kata Syed badli dalam satu kenyataan.


Menurutnya, satu lembaran kerjasama baharu tanpa Tun perlu dirintis menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


Syed Badli juga memberi amaran kepada politikus PH yang masih menaruh harapan terhadap ketokohan Tun agar tidak meneruskan impian mereka atau menghadapi penolakan pengundi dalam PRU kelak.


"Parti-parti komponen PH seharusnya merangka strategi bergerak ke hadapan tanpa membawa bebanan lampau.


"Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih mahu bersama Tun wajar diketepikan kerana pengaruh buruk beliau boleh mencacatkan agenda PH untuk mengembalikan mandat rakyat," katanya lagi.


Semalam dalam ucapan Mahathir di Shah Alam, Selangor, beliau sengaja menyindir Anwar dengan ungkapan, 'Anwar pi baliklah' merujuk pengumuman Pengerusi PH itu bahawa beliau telah mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pada September tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER