top of page

MAHAR raikan agensi, penyumbang misi kemanusiaan bantu pelarian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 24
  • 1 min read

Nurul Izzah (kiri) bersama Presiden MAHAR Jismi Johari di majlis Jalinan Aidilfitri di Kuala Lumpur.
Nurul Izzah (kiri) bersama Presiden MAHAR Jismi Johari di majlis Jalinan Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) semalam meraikan agensi dan pertubuhan bukan keraiaan (NGO) yang telah memberikan sokongan kepada usaha membantu golongan pelarian dan misi kemanusiaan pada majlis Jalinan Aidilfitri di Kuala Lumpur.


Penasihatnya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya melahirkan kesyukuran kerana hasil gabungan kesemua tenaga pasukan MAHAR dan agensi termasuklah sukarelawan dan penyumbang membolehkan mereka menghidupkan aktiviti membantu golongan yang lebih memerlukan, terutamanya pelarian Palestin.


"Sama ada mereka warga Malaysia atau mereka pelarian yang terpaksa lari daripada kancah perperangan dan genosid itulah semangat yang kita bawakan sempena Aidilfitri.


"Kita tahu kita sambut hari kemenangan, tapi pada masa yang sama kita juga tahu seluruh dunia dilanda kemelut yang berpanjangan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.


Nurul Izzah berkata, MAHAR berharap orang ramai dapat terus memberikan sokongan untuk mereka meneruskan perjuangan bagi mengurangkan kerosakan dan kancah kemusnahan akibat perang seperti di Gaza, Palestin.


Sementera itu, Presiden MAHAR Jismi Johari berkata, majlis itu diadakan bagi meraikan persahabatan antara migran dan pelarian yang diuruskan oleh pihaknya bersama beberapa NGO lain.


Kata beliau ketika ini MAHAR menguruskan kira-kira 3,000 migran atau pelarian Syria sejak 2016.


"Hari ini juga kita bertemu dengan rakan-rakan dari luar negara seperti dari Kedutaan Qatar, Iran dan Kenya serta rakan-rakan yang jauh yang telah lama bersama-sama kami," ujarnya lagi.


Ketika ini MAHAR mengetuai Sekretariat Op Ihsan melalui gudangnya di Hod Haseib Street, Tereet Ismailiyah, Kaherah, Mesir bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti makanan kepada pelarian Palestin di Gaza.


Ia dibiayai oleh Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) Wisma Putra.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page