top of page

Walaupun Mageran - MPN tidak sama, rakyat tolak darurat berterusan - Syed Ibrahim


Rakyat tidak boleh diperdaya dengan penerusan darurat dan tawaran pemerintahan akan diperbaiki secara mewujudkan Mageran atau Majlis Pemulihan Nasional (MPN).


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sama ada Mageran atau MPN keadaan terikini tidak sama dengan situasi huru hara pada 1969 dan jawatankuasa tersebut juga dilihat tiada keperluan ditubuhkan.


"Mageran atau MPN menimbulkan persoalan tentang kuasa kepada Agong, Badan Majlis, Eksekutif dan Parlimen. Ia perlu diteliti setiap satu supaya tidak menetapkan "dangerous precedent" untuk masa akan datang. Contohnya, isu pemusatan kuasa (Agong dan Majlis) , isu pertindanan, isu pelumpuhan kuasa terutama Parlimen dan lain-lain.


"Apakah Mageran atau MPN boleh bertindak bebas dari pengaruh politik? Jangan naif. Sekali lagi, Mageran 1969 tak sama dengan realiti sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sebaiknya, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu, keadaan politik dan kesihatan yang berkecamuk sekarang hanya boleh dipulihkan dengan pembukaan Parlimen yang menjamin ketelusan proses pengeluaran dana, agihan vaksin dan pemulihan ekonomi.


Katanya, negara wajib dibina dan dipulihkan atas asas demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Wakil rakyat seharusnya dibenarkan membawa suara rakyat.


"Bukankah ini antara elemen terpenting untuk ketepikan "Government knows best", Whole Government Approach tetapi tidak inklusif? Ia boleh pecahkan dominasi kuasa kerajaan PN sekarang atau sekurang-kurangnya menekan mereka untuk buat kerja, jawab atau "get out".


"Kenapa perlu buka dan rancakkan fungsi Parlimen sebagai penyelesaiannya? Kerana ia diasaskan daripada rakyat akar umbi melalui saluran demokrasi. Fungsi penuh parlimen ialah membincangkan dasar, kewangan, undang-undang serta semak dan imbang. Ada Jawatankuasa Pilihan Khas (select committee) seperti PAC dan lain-lain yang mesti berfungsi supaya semua pakar dan pemegang taruh boleh dilibatkan serta Ahli-ahli Parlimen bekerja keras.


"Dari situ, wajar lahir inklusiviti, kerjasama, Confidence and Supply Agreement (CSA) di semua peringkat," katanya.


Syed Ibrahim mempersoalkan apakah rakyat boleh mempercayai kerajaan PN sekarang? Sebuah kerajaan yang gagal dan berniat jahat serta mempunyai agenda sempit.


Bagaimanapun, katanya, jika kerajaan tidak boleh ditukar sekalipun dengan pembukaan Parlimen maka prestasi PN boleh dipantau dan proses mengambil dana rakyat akan lebih rumit tidak sebagaimana sekarang.


"Memang kerajaan tidak boleh dipercayai tetapi ia tidak boleh ditukar sekarang, bahaya Covid dan lain-lain.


"Apakah ini akan selesaikan krisis politik? Kerajaan nanti tetap rapuh dan proses beli membeli MP berlaku? Ya, ada kemungkinan besar


"Tapi saya percaya kepada saluran demokrasi dan kebijaksanaan rakyat, bukan campur tangan darurat politik dan sewaktu dengannya. Jadi ringkasnya, buka Parlimen dan semua institusi demokrasi, serta usahakan pemulihan melalui saluran demokrasi bersama tanpa terlalu politik melampau," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page