top of page

MADANI Mart tawar barangan harga rahmah, kurangkan kos sara hidup

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ANWAR (kiri) meneliti barangan runcit yang dijual di MADANI Mart selepas merasmikan cawangan pertama kedai serbaneka harga rahmah itu di Indera Mahkota 8, Kuantan pada 3 April 2026. Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri
ANWAR (kiri) meneliti barangan runcit yang dijual di MADANI Mart selepas merasmikan cawangan pertama kedai serbaneka harga rahmah itu di Indera Mahkota 8, Kuantan pada 3 April 2026. Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri

Di tengah krisis tenaga global dan tekanan harga minyak, Kerajaan Perpaduan tampil dengan inisiatif baharu pembukaan kedai serbaneka MADANI Mart yang menawarkan barangan runcit pada harga berpatutan.


Cawangan pertama kedai itu di Indera Mahkota 8, Kuantan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sasaran sebanyak 640 buah lagi bakal dibuka di seluruh negara.


Kedai runcit komuniti yang diterajui Yayasan MADANI ini berteraskan konsep “Harga Rahmah” dan menyasarkan kemudahan akses kepada rakyat khususnya di kawasan setempat.


"Meluncurkan MADANI Mart yang pertama di Indera Mahkota sebentar tadi.


"Insiatif Yayasan MADANI ini adalah usaha jangka pendek dan panjang dalam merungkai krisis bekalan dan harga barang. Insya-Allah, ia bakal diperluas ke seluruh negara," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran di Facebook.


Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page