top of page

Kerajaan pastikan bekalan barangan asas sampai ke pedalaman - Dr Fuziah

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
KPDN jamin bekalan barangan asas tidak akan terjejas dan sampai ke kawasan pedalaman. Gambar hiasan
KPDN jamin bekalan barangan asas tidak akan terjejas dan sampai ke kawasan pedalaman. Gambar hiasan

Sebanyak RM317 juta telah diperuntukkan Kerajaan Madani menerusi Belanjawan 2026 bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas terus mencukupi dan harga kekal stabil


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, peruntukan itu disalurkan melalui dua inisiatif utama dengan memfokuskan pengurangan kos logistik serta pengukuhan rantaian bekalan barangan asas khususnya di Sabah, Sarawak serta kawasan pedalaman.


"Sebanyak RM67 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program penyeragaman harga barangan di Sabah dan Sarawak melalui subsidi Port-to-Port, yang menampung kos penghantaran dari Pelabuhan Klang ke pelabuhan utama di kedua-dua negeri.


"Selain itu, RM250 juta disalurkan menerusi Program Pengedaran Barang Perlu bagi memastikan bekalan barangan asas dapat dihantar secara konsisten ke kawasan pedalaman," katanya dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,570 Point of Sale (POS) termasuk 1,480 POS yang berada di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti memerlukan bekalan barangan keperluan asas.


Justeru, peruntukan disalurkan dalam bentuk subsidi kepada syarikat pengangkutan yang dilantik bagi memastikan barangan dapat sampai ke kawasan pedalaman dan dijual pada harga lebih berpatutan.


"Kajian penstabilan harga mendapati faktor logistik dan pengangkutan merupakan antara punca utama perbezaan harga barangan antara wilayah.


"Sehubungan itu, kerajaan menubuhkan Kumpulan Kerja Teknikal Penstabilan Harga bagi merangka langkah strategik meningkatkan kecekapan rantaian bekalan serta menstabilkan harga barangan secara lebih mampan," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page