top of page

Maal Hijrah: Pertahan negara dari anasir perkauman - PM



Malaysia perlu dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah, kata Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah yang dikongsi di laman Facebook dan Twitternya, PM berkata keamanan dan kestabilan kini menjadi maqasid utama agar kebajikan rakyat terbela.


Sebarang usaha untuk merubah negara yang berperlembagaan dan berdaulat ini kepada negara perkauman yang huru-hara tegasnya, tidak akan dibiarkan walau seinci pun.

"Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki.


"Berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan, daripada kebejatan rasuah kepada amanah, daripada ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan daripada perkauman sempit kepada taayush silmi (hidup bermuafakat)," katanya.


Melalui kenyataan sama, Presiden KEADILAN itu turut mengimbau sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan kota Madinah.


Rasulullah jelasnya meletakkan asas tatacara dan tatakelola sistem pemerintahan Islam dengan pengajaran dan kefahaman mengenai soal akhlak, nilai dan prinsip.


Tambah beliau, daripada didikan kerohanian itu, maka terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua


"Walhasil, penghijrahan Rasul membenam faham perkauman. Pakatan para Muhajirin bersama Ansar, dan sebelumnya bersama Raja Ashamah, pemerintah negeri Habsyah mencerminkan semangat kerjasama dalam perkara makruf.


"Kota Madinah dilatari kepelbagaian agama, budaya dan bangsa kemudiannya didirikan atas nama umat yang satu. Demikianlah hijrah Rasul dan para sahabat menjadi ibrah segar sepanjang zaman," katanya.


Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dengan tema "Perpaduan Teras Malaysia MADANI".

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page