LUAS tangani potensi pencemaran bahan cemar Tasik Black Water ke Sg Langat



Tinjauan segera Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ke atas Tasik Black Water yang penuh aliran cemar kehitaman atau leachate yang berpotensi masuk ke Sungai Perimbun, iaitu anak Sungai Langat telah berjaya menghindari potensi henti tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11.


Menurut Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, dalam lawatan LUAS ke Tasik Black Water semalam terdapat hakisan tanah yang mengakibatkan kegagalan struktur ban di kawasan kolam berkenaan yang menjadi tempat pengumpulan sampah haram dan berpotensi menyebabkan aliran cemar melimpah ke sungai berhampiran.


"Siasatan LUAS mendapati hujan lebat mengakibatkan ban pecah di kolam tersebut. Oleh itu, pihak LUAS telah mengambil beberapa sampel di lokasi berbeza iaitu di kawasan tasik, Sungai Perimbun dan juga di Sungai Langat, dan mencatatkan bacaan sifar (0) ton dan anggaran kandungan Ammoniakal Nitrogen adalah 0.4mg/l di Sungai Langat.


"Dalam masa sama, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) turut mengambil sampel di tiga kawasan pensampelan terbabit," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Hee, pemantauan rapi dengan pemantauan statik di Sungai Perimbun dan Sungai Langat telah dilaksanakan oleh LUAS dan mendapati tiada sebarang gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 akibat limpahan aliran cemar.


Beliau juga berkata, kerja-kerja membaik pulih telah dilaksanakan dengan mengukuhkan ban yang pecah bagi mengelakkan aliran leachate mengalir ke alur berhampiran.


Selain itu, menurut Hee, pada 31 Mei lalu, LUAS menyertai Operasi Bersepadu diketuai oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) menyiasat aktiviti pembuangan sampah haram di tasik tersebut.


Hee meninjau Tasik Black Water yang menjadi tapak pembuangan sampah

"Operasi bersepadu itu melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat. Siasatan mendapati keadaan tasik dipenuhi sampah sarap dan enap cemar kehitaman selain lokasi insiden berdekatan dengan Sungai Perimbun anggaran dalam 3 kilometer manakala jarak tasik ke LRA Cheras Batu 11 dalam 6.5 kilometer.


"Siasatan itu mendapati LRA Cheras Batu 11 berpotensi untuk henti tugas sekiranya peningkatan kandungan Ammoniakal Nitrogen melebihi had piawai yang ditetapkan, apabila air tasik melimpah jika hujan kerap berlaku," katanya lagi.


Justeru, ujar Hee, LUAS akan membuka kertas siasatan berdasarkan Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntukkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM 1 juta dan penjara tidak kurang tiga tahun berkenaan berhubung aktiviti di tapak tanah berkenaan.


Pihak MPKJ juga mengambil langkah susulan dengan menyita kawasan berkenaan dan Notis Pemberhentian Aktiviti Kerja akan diberikan kepada pemilik tanah selepas maklumat status tanah diterima dari PDT Hulu Langat. Pihak PDT Hulu Langat juga akan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik tanah bagi arahan pemulihan segera tanah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER