Luas hutan, Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat di bawah PH



Kerajaan Selangor sering diserang kononnya tidak membela kaum Melayu dan ditindas oleh parti pro-Cina, DAP.


Namun faktanya, menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa hutan simpan dan Tanah Rizab Melayu lebih luas di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berbanding di bawah BN sebelumnya.


"Banyak yang serang kita, Umno, Bersatu, Pas pun sernag. Kadang kadang mereka (Pas) serang tak tengok cermin. Antara yang jadi isu, Selangor rakus rosakkan alam sekitar, rosakkan hutan. Yang serang itu Harakah (lidah rasmi Pas). Dia tak tengok apa jadi di Kelantan, Kedah


"Kita di Selangor memang kita ada nyahwarta hutan. Kalau kita buang kawasan hutan kita ganti kawasan lain. Di Selangor kawasan hutan kita bukan berkurang tetapi bertambah kerana bila kita ambil seekar, kita ganti 2 ekar kawasan baru.


"Termasuk dalam pengurusan Tanah Rizab Melayu. Sebab itu jika ada tanah rizab ditukar, ia sangat minimum.


"Dalam masa sama, penggantian kita untuk tanah rizab sentiasa lebih banyak daripada kawasan diambil. Kalau kawasan 2 ekar kita lihat nilainya sejuta, kita ambil nilai sama di tempat lain, walaupun kita kena ganti lebih seekar," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Selangor, malam tadi


Oleh itu, MB mahu rakyat Malaysia lebih celik politik dan tidak termakan dakyah kononnya DAP akan menindas orang Melayu jika menjadi sebahagian gabungan Kerajaan Persekutuan.


"Umno BN selalu guna isu kaum. Jangan sokong PH kerana ada DAP yang kononnya parti yang sentiasa bela Cina, tak lihat Melayu.


"Negeri Selangor yang (ada DAP) 3 penggal kita buktikan Tanah Rizab Melayu kita pertahan untuk Melayu Islam, tidak berkurang sebaliknya bertambah di bawah PH," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER