top of page

LRT P Pinang: ADUN Batu Uban rakam penghargaan PM beri peruntukan



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Kumaresan Arumugam menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan peruntukan pembangunan projek Projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.


Menerusi ucapan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15, wakil ADUN KEADILAN itu menyifatkan projek LRT di negeri mutiara berkenaan sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat negeri berkenaan.


"Saya sebagai Adun Batu Uban juga gembira dengan pengumuman berita ini kerana jajaran LRT dan stesen LRT juga akan memberikan kelebihan dan kemudahan kepada penduduk di Pulau Pinang," katanya.


Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mensasarkan pembinaan LRT Pulau Pinang dijangka akan bermula tahun ini.


Projek tersebut dibina dari Pulau Silikon hingga ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang dijangka mengambil masa lebih kurang enam tahun dan beroperasi pada tahun 2030.


Jarak jajaran dianggarkan sejauh 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk 2 stesen pertukaran, iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral.


Dalam pada itu, Kumaresan turut mencadangkan agar jajaran LRT itu melalui kawasan Batu Uban termasuk kawasan Jalan Sungai Dua dan di hadapan pintu masuk utama Universiti Sains Malaysia.


Hal itu, katanya, kawasan berkenaan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai permintaan penduduk untuk menggunakan kemudahan stesen LRT.


"Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan MRT Corp untuk mengkaji semula jajaran LRT terutamanya di kawasan Sungai Dua yang akan memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Taman Pekaka, Flat Hamna, Batu Uban dan pelajar USM


"Oleh itu, saya percaya dengan adanya kemudahan LRT ini ianya akan mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjadikannya pilihan yang cekap," ujarnya lagi

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page