Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendedahkan bahawa pusat khidmatnya telah menerima aduan tentang aktiviti yang meragukan di Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang.
Beliau berkata, terdapat aktiviti lori keluar masuk dari dalam hutan, namun tiada papan tanda yang dinaikkan.
"Ini yang membuatkan warga Kuantan sangsi tentang apa yang sedang berlaku.
"Maka Pegawai kami turun padang untuk menyiasat, dan didapati lori yang keluar masuk tersebut membawa tanah keluar dari lokasi tanah runtuh di beberapa lorong di Taman Pelindung," katanya.
Namun, katanya, tindakan tersebut menyebabkan dinding yang melindungi penduduk telah runtuh dan rumah di situ sudah tidak selamat untuk didiami.
"Pengajaran bagi kita semua untuk tidak mengusik bukit bukau bagi tujuan komersial, tengok sajalah Bukit Sekilau dah gondol tapi kemudian dibiarkan begitu sahaja," katanya.
Commentaires