Lompat parti: Mahkamah tolak permohonan Zuraida batal saman



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamruddin untuk membatalkan saman dari KEADILAN yang menuntut pampasan RM10 juta kerana defendan meninggalkan parti tersebut.


Pesuruhjaya Kehakiman Latifah Mohd Tahar dalam hujah menolak permohonan Zuraida itu berkata, terdapat kausa tindakan yang jelas terhadap Zuraida dan kes berkenaan perlu didengar di mahkamah.


"Mahkamah berpendapat bahawa terdapatnya perkara yang boleh dibicarakan dalam tuntutan ini. Tuntutan ini bukanlah suatu tuntutan yang tidak jelas tidak mampan yang boleh dibatalkan di bawah Aturan 18.k.19 KKM 2021.


"Isu berkaitan bon yang ditandatangani oleh defendan pada 25 April 2018 lalu yang perlu diperjelaskan dengan perbicaraan penuh,” katanya.


Pesuruhjaya Kehakiman itu juga berpendapat defendan perlu memberi keterangan kenapa beliau menandatangani bon dan apakah tujuan bon tersebut ditandatangani.


"Perlunya keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak untuk menjelaskan tujuan bon tersebut dilaksanakan.


"Bagi mencapai keputusan yang adil, mahkamah berpendapat adalah tidak wajar tuntutan ini dibatalkan pada peringkat ini," katanya ketika membacakan keputusan.


KEADILAN melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 2 Oktober 2020 mengemukakan saman terhadap Zuraida dan 10 Ahli Parlimen PKR lain yang berpaling tadah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada hujung Februari 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER