top of page

LKIM: RM250 ribu, bantu nelayan terkesan monsun



Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus berusaha membela dan memastikan kelangsungan hidup golongan nelayan yang terjejas ekoran Monsun Timur Laut (MTL), tahun ini.


Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya memperuntukkan RM250,000 bagi menyediakan bakul makanan sebagai bantuan untuk golongan itu.


Peruntukan yang akan disediakan hingga Mac tahun hadapan itu jelasnya menyasarkan penerima daripada golongan nelayan pesisir pantai yang golongan B40.


"Kita akan lancarkan bantuan bakul makanan ini kepada nelayan yang terkesan akibat MTL sedikit masa lagi.


"Setakat ini, kita dah sedia RM250,000 untuk penyediaan bakul makanan ini dan tumpuan lebih kepada golongan Zon A, pesisir pantai yang merupakan golongan B40 dan di Pantai Timur kita ada lebih kurang 9,000 nelayan Zon A," katanya dipetik.


Muhammad Faiz ditemui pemberita di program Ramah Madani bersama nelayan Kijal dan Kemasik, dekat Kemaman pada Jumaat.


Sementara itu, beliau turut menegaskan setakat ini, bekalan ikan masih mencukupi dan tidak banyak terjejas meskipun telah masuk musim tengkujuh.


Tambahnya, kestabilan bekalan ikan pada masa ini juga dikukuhkan dengan penyediaan 1,700 tan metrik ikan sejuk beku oleh LKIM sebagai stok penimbal.


Justeru, menurutnya tiada isu kenaikan harga disebabkan kekurangan bekalan memandangkan stok hasil laut tersebut masih boleh didapati dari negeri Pantai Barat dan ikan segar sejuk beku.


"Pemain industri termasuk peniaga, pemborong, pengangkutan dan peruncit hasil laut diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menjadikan fenomena MTL sebagai alasan untuk menaikkan harga ikan sewenangnya," tambah beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page