top of page

LKIM gesa peniaga tidak naik harga ikan sewenangnya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17, 2024
  • 1 min read


Golongan peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ikan sewenang-wenangnya sepanjang Ramadan ini.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, ketika ini berlaku lambakan bekalan ikan selepas berakhirnya musim Monsun Timur Laut sekali gus menbolehkan nelayan turun ke laut dengan selamat.


"Memang sekarang ini musim ikan tengah banyak, jadi rezeki nelayan pun tengah murah. Kalau kita pergi ke pelabuhan besar contohnya di Kuantan (Pahang), sampai berlaku lambakan.


"Sepatutnya dengan bekalan ikan yang banyak itu, harga ikan murah. Jadi, saya tekankan kepada peniaga supaya jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan sehingga membebankan pengguna," katanya dipetik.


Muhammad Faiz sebelumnya ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan Program Madani Anak Nelayan Kembali ke Sekolah LKIM-BHPetrol di Sungai Sumun, Bagan Datuk pada Sabtu.

Dalam isu tersebut, Muhammad Faiz mengharapkan pemantauan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar harga ikan di pasaran terus terkawal dan stabil.


Perkara itu jelasnya selari dengan komitmen dan agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang mahu kesejahteraan rakyat terpelihara.


Sementara itu, Muhammad Faiz turut berkata, LKIM turut memberi jaminan bekalan ikan di pasaran seluruh negara adalah mencukupi di pasaran sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page