top of page

Lima anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis terima surat pelantikan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menyempurnakan Surat Cara Pelantikan kepada lima daripada tujuh anggota Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).


Mereka ialah Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan yang sebelum ini pernah menjawat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.


Timbalannya pula ialah bekas Ketua Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.


Turut lantik bekas Pengarah Sektor Kewangan Jabatan Audit Negara Martina@Kartina Zamhari; bekas Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Lojistik PDRM, Datuk Shukri Abdullah dan bekas Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Tan Kang Sai.


Saifuddin berkata IPCC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan polis dari aspek siasatan aduan salah laku melibatkan integriti pasukan keselamatan itu.


"Penubuhan IPCC merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan untuk menguruskan persepsi atau salah faham masyarakat umum terhadap integriti dan kredibiliti pasukan PDRM yang merupakan agensi yang banyak berjasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjaga rapi," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.


Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN Datuk Mohd Zamri Mat Zain dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN Dr. Abdul Gapar Abu Bakar.


Penubuhan IPCC bermula pada tahun 2020 yang akhirnya membawa kepada pengguatkuasaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 pada 1 Julai 2023.


Saifuddin berkata antara peranan IPCC ialah menerima aduan salah laku anggota atau pegawai pasukan PDRM, menyiasat aduan salah laku anggota dan mengesyorkan tindakan tatatertib terhadap anggota yang terlibat salah laku kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.


Selain itu katanya, IPCC juga boleh memulakan siasatan sendiri tanpa rujukan daripada mana-mana pihak atas faktor kepentingan awam.


Jelas beliau IPCC akan menjalankan fungsi bagi menggalakkan integriti dalam kalangan anggota pasukan polis, menasihati kerajaan dan membuat syor mengenai langkah-langkah sesuai untuk diambil.


Selain itu katanya IPCC juga berperanan untuk melindungi kepentingan awam melalui penanganan salah laku mana-mana anggota pasukan polis dan membentuk mekanisme bagi menerima aduan mana-mana anggota.


"Akta IPCC juga meletakkan peranan IPCC sebagai rujukan mandatori yang mewajibkan pasukan polis untuk merujuk kes yang melibatkan jenayah seksual, cedera parah atau kematian dalam tahanan," katanya.


Ditanya mengenai dua lagi anggota suruhanjaya bebas berkenaan, Saifuddin berkata pihak kerajaan sedang dalam proses mengenal pasti calon berkelayakan dan berpengalaman dan melantik mereka apabila tiba waktunya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page