top of page

LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab aeroangkasa, maritim serantau



Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) diharap akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan alu-aluan sempena LIMA'23 berkata, dengan langkah itu ia akan membolehkan negara bergerak ke arah merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.


"Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua menteri peneraju bersama LIMA ’23, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta pasukan masing-masing yang memacu inisiatif ini.


"Saya juga mahu memuji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan pasukannya, khususnya Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kerana berjaya menerajui buat julung kalinya SpaceTech Nexus di LIMA tahun ini," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Mengulas lanjut Anwar berkata dengan adanya SpaceTech Nexus telah membuktikan LIMA ’23 adalah acara berfokuskan masa depan dan bersedia memainkan peranan dalam pertumbuhan teknologi angkasa yang dijangka mencapai nilai pasaran global AS$10 trilion menjelang 2030.

Edisi tahun ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial) bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.


Sementara itu pada ucapannya, Anwar turut memberi penghargaan atas sokongan daripada pelbagai rakan kongsi yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran acara dwitahunan berprestij tersebut.


"Menakjubkan dalam tahap sokongan dan pengiktirafan yang diberi kepada Malaysia dan saya juga harus menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan kita dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page