top of page

Lim Kit Siang pejuang demokrasi sepanjang zaman - Anwar



Persaraan supremo DAP Lim Kit Siang dari politik merupakan kehilangan besar kepada demokrasi di Malaysia.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang merupakan watak utama yang mencerahkan demokrasi di negara ini pada era kegelapan dan kediktatoran melampau pada dekad 1970 - 1980an lalu.


"Kit Siang menyangkah mengenai penyalahgunaan kuasa. Ini sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang mengambil risiko sebegitu rupa.


"Kalangan muda jangan bandingkan dalam keadaan sekarang. Waktu itu rejim jauh lebih diktator dari sekarang. Orang misalnya tidak ada risiko perkatakan sesuatu (hari ini), dan risiko ditangkap esoknya di bawah ISA tidak ada


"Bila kita nilai prestasi dan pandangan seseorang, kita kena tengok konteks zaman dan sikap prasangka kaum yang begitu tebal. Bahawa pandangan umumnya masyarakat Melayu terhadap DAP sangat tebal, tetapi keberanian dia melontarkan kritikan yang keras terhadap pimpinan Melayu dan MCA pada masa itu yang terlibat skandal seperti Maika (amat mengkagumkan).


"Prasangka ini (dalam kaum Melayu) yang menebal kerana sikap masyarakat Cina dan India, terutama faham kolonial terhadap mitos pribumi malas.


"Namun Kit Siang itu bukan sahaja bicara soal politik tetapi soal kaum dan prasangka. Berbeza dengan tanggapan pemimpin Melayu, Melayu malas, bergantung kepada subisdi dan sebagainya. Ini pandangan sosok Melayu yang lebih kolonial (daripada penjajah). Tetapi Kit Siang bertanggapan lain," katanya dalam Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Meraikan Sahabat Sejati Lim Kit Siang, malam tadi.



Anwar menambah, Kit Siang tidak pernah sejalan dengan pemimpin Melayu yang yang mengkritik Melayu terikat kepada subsidi, bangsa yang lemah atau tidak tahu ilmu pengetahuan.


Katanya Kit Siang lebih memilih kepada sisi Melayu yang perlu diberi peluang pendidikan dan galakan.


"Kalau kita baca revolusi mental yang diterbitkan Umno pada 1970an. Pandangan Umno pada orang Melayu umumnya tidak ada kefahaman, tidak ada kesedaran, tidak rajin bekerja, bergantung kepada kerajaan dan malas.


Kit Siang menyangkal ini. Beliau bicarakan soal peluang dan kemudahan," katanya.


Sebagai mantan pemimpin ABIM, Anwar juga membangkitkan pertemuan awal dengan Kit Siang yang mengubah persepsinya terdahap DAP.


Katanya, Kit Siang pada era gelap politik Malaysia telah pun membawa pencerahan mengenai demokrasi dan isu isu sosial yang meruncing ketika kecurigaan Melayu dan Cina amat menebal ketika itu.


"Apa dia sosok Kit Siang? Ketika saya baru pimpin ABIM dia sudah keluar time bomb politik Malaysia. Dia membahas soal sangat sensitif, mengenai masyarakat Melayu, bukan Melayu, soal kaum diputar belit untuk kelompok atasan (Umno).


"Media masa itu sangat sedikit diketahui oleh umum. Ini sumbangan besar dari segi kreatif thinking dan kesedaran sosial di Malaysia," katanya.


Dalam majlis itu juga Pengerusi Pakatan Harapan itu menyatakan kekagumannya kepada Kit Siang yang pada pendapat beliau, biar pun bersara tetapi tidak akan melupakan perjuangan membentuk masyarakat Malaysia yang lebih baik dan demokratik.



0 comments

コメント

コメントが読み込まれませんでした。
技術的な問題があったようです。お手数ですが、再度接続するか、ページを再読み込みしてださい。

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page