top of page

Liga Penalti Ayuh Malaysia rintis perpaduan, keharmonian kaum



Liga Penalti Ayuh Malaysia 2022 yang akan diadakan pada Oktober ini merintis usaha memupuk perpaduan dan keharmonian kaum melalui sukan bola sepak.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowin, sukan bola sepak telah berjaya membina semangat muhibah dengan menjadikan pasukan kebangsaan Harimau Malaya sebagai lambang perpaduan pada era 1970an - 1980an lalu.


Harimau Malaya katanya telah melahirkan pemain lagenda negara seperti Mokhtar Dahari, Datuk Wira Soh Chin Ann, datuk Datuk Santokh Singh Gurdial Singh dan mendiang Datuk R. Arumugam


"Mengenang jasa wira ini yang berjaya mencipta perpaduan melalui sukan bola sepak, kita kini seterusnya mempunyai tanggungajwab meneruskan semangat yang sama.


"Selaras dengan semangat itu, Ayuh Malaysia dengan kerjasama Bellezza One Stop Centre akan menganjurkan Liga Penalti Ayuh Malaysia 2022 pada 2 Oktober 2022, Ahad ini, bermula 7.00 pagi di Stadium JSA Setia Alam, Selangor," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Ayuh Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur, petang ini.


Mantan Ahli Parlimen Kapar itu berkata, Liga Penalti Ayuh Malaysia akan dipimpin oleh individu peminat bola sepak.


Selain itu Sekretariat Liga Penalti juga, katanya mendapat sokongan daripada bekas pemain Harimau Malaya, A.Tamil Arasu, bekas pemain negeri Selangor, Fairus Basar dan Dr Arila Sri Mas Ayu, Ratu Kebaya juga aktivis pemerkasaan wanita


"Maka dengan sekretariat ini yang komited dan prihatin, saya percaya Liga Penalti Ayuh Malaysia satu permulaan agenda perpaduan melalui sukan, akan diteruskan.


"Saya mohon agar pasukan bola sepak yang berminat turut serta dan mengambil bahagian dalam Liga Penalti Ayuh Malaysia ini. Selain kami juga mengalu alukan para sukarelawan dan peminat bola sepak


"Mereka bolehlah mendaftar melalui aplikasi Cista. Boleh masuk ke mana mana playstore dan muat turun sendiri," katanya.


Pasukan bola sepak yang berminat boleh mendaftar di https://www.facebook.com/ManivananGowinPage.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page