Letak SPRM di bawah Parlimen untuk ketelusan - Hassan Karim



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen untuk menjamin ketelusan siasatan, terutama dalam kes-kes berkaitan parti pemerintah.


Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang - PH) berkata, hal tersebut telah disentuh dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong pada hari pembukaan Dewan Rakyat, pada perenggan 56 yang menyebut peri pentingnya pelan anti rasuah nasional dan pelan anti rasuah organisasi diwujudkan.


"Dalam isu ini saya menyambut baik saranan Yang di-Pertuan Agong dan mencadangkan dua perkara, serampang dua mata dalam menghapuskan rasuah di negara kita.


"Saya harap serampang dua mata ini menajdi game changer. Apakah serampang dua mata? Pertama SPRM saya cadangkan diletakkan di bawah Parlimen. SPRM tidak sepatutnya lagi berada di bawah kawalan Perdana Menteri (PM). Cadangan saya ini perlu dibincang dan diperhalusi semua aspek dari segi perundangan, Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran serta kewangan bagi melaksanakannya," katanya dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong, Parlimen sesi pagi.


Hassan turut mencadangkan agar SPRM juga diberi kuasa mendakwa kes-kes rasuah di mahkamah kerana kuasa pendakwaan ketika ini tertumpu kepada Peguam Negara yang juga menjadi penasihat kepada kerajaan dan Perdana Menteri.


"Dalam hal ini jika SPRM di bawah bidang kuasa PM maka berlakulah percanggahan kepentingan dan conflict of interest.


"Terdapat dilema banyak kes-kes rasuah yang disiasat secara menyeluruh oleh SPRM dan didakwa di mahkamah tiba-tiba pendakwaraya di bawah Peguam Negara menarik balik kes-kes berkenaan. Ini menjadikan rakyat umum tidak berpuas hati dan mahu SPRM diberi kuasa mendakwa kes rasuah.


"Justeru itu, saya mencadangkan supaya jawatan Peguan Negara dan jawatan Pendakwaraya dipisahkan. Peguam Negara orang lain manakala pendakwaraya orang lain.


"Dengan menjadikan pendakwaraya itu satu jawatan yang bebas dan berwibawa, tidak lagi duduk di bawah bidang kuasa PM, ini akan memberi perubahan kepada SPRM dalam memerangi kes rasuah di tanah air," katanya lagi.


Beliau berharap dua cadangan yang diutarakan berkenaan akan mendapat perhatian PM dan kerajaan PN dalam semangat kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER