top of page

Lelaki muat naik unsur perkauman di media sosial ditahan



Lelaki yang disyaki memuat naik ciapan berunsur perkauman dikhuatiri menjejaskan ketenteraman awam ditahan polis di ibu negara.


Penahaman tersebut mengakhiri usaha pihak polis menjejaki beliau sejak seminggu lalu.


Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata lelaki yang dikenali sebagai Roslizal Razali berusia 46 tahun itu telah ditahan di Kuala Lumpur semalam.


"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah laptop untuk membantu siasatan.


"Suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut; Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.


"Suspek juga ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Berdasarkan kenyataan sama, Skandaguru berkata permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada hari ini.


Individu berkenaan sebelum ini disyaki memuat naik ciapan di Twitter berunsur perkauman.

Antaranya, beliau mendakwa, seorang Ahli Parlimen DAP mungkin menganjurkan acara solat dalam gereja melibatkan remaja Islam, susulan program ziarah ke rumah ibadat penganut Kristian itu oleh sebuah NGO seliaan sebuah kementerian baru-baru ini.

 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page