top of page

Lebuh raya di Petaling Jaya: Utamakan penduduk, tolak projek tambah kesesakan - Maria Chin



Kelulusan projek pembinaan lebuh raya baharu di tengah tengah Petaling Jaya amat tidak wajar dan hanya menyusahkan penduduk setempat.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang sebelum ini meluluskan pembinaan lebuh raya di tengah tengah bandaraya itu ternyata tidak peka dengan kehendak penduduk dan kaedah penyelesaian pengangkutan moden.


Katanya, memang kesesakan lalu lintas perlu diselesaikan namun cara penyelesaian bukanlah secara semberono membina lebuh raya, sebaliknya meningkatkan jaringan pengangkutan awam.


"Pengangkutan awam merupakan hak asasi orang ramai sama seperti hospital, sekolah, pusat rekreasi dan perpustakaan yang diperlukan untuk gaya hidup mampan dan sihat. Pengangkutan awam adalah perkhidmatan sosial untuk rakyat.


"Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan untuk pengangkutan awam ia akan membawa pulangan ekonomi sebanyak AS$4. Pada masa sama, ia akan membantu menjana pendapatan bagi perniagaan tempatan, pekerjanya dan kawasan kejiranan mereka.


"Malangnya, kerajaan dan juga pemaju swasta rabun bagaimana mereka melihat perkembangan pengangkutan awam. Kami tidak memerlukan lebuh raya bertingkat dan jejambat bertingkat kerana ia tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi hanya beralih dari satu kawasan kesesakan ke kawasan lain seperti yang kita lihat di India dan A.S," katanya.


Tegas Maria, penyelesaian masalah pengangkutan dengan membina lebuh raya baharu adalah lapuk dan digunakan ketika era pembangunan di AS pada 1970an atau negara membangun baharu pada era 1980an.


Pendekatan terkini, ujarnya ialah dengan pengangkutan awam berintegrasi yang memudahkan pengguna bergerak.


Namun, kata Maria, pengangkutan awam pula tidak dirancang dengan baik sehingga tidak mencapai tujuan ia direkabentuk.


"Satu contoh yang baik ialah laluan untuk MRT3 yang pada mulanya berhasrat untuk diarahkan di Bukit Gasing berketumpatan rendah, dan bukannya meluaskan capaiannya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan berpenduduk tinggi seperti Taman Medan, seksyen 51 dan hab pembangunan Petaling Jaya Sentral.


"Contoh lain pula PJD Link yang telah kembali menghantui penduduk Petaling Jaya. Sebelum ini projek ini dilabel sebagai Kidex tetapi ditolak kerana mempunyai laluan yang tidak praktikal serta memotong kawasan kediaman dan komersial yang besar, menyebabkan banyak penduduk dan syarikat berpindah kerana pemerolehan harta secara besar-besaran diperlukan untuk memberi laluan kepada lebuh raya.


"Setakat ini pemaju Kidex/PJD Link tidak menunjukkan kepada Kerajaan Negeri mahupun penduduk yang terjejas tiga daripada kajian wajib, iaitu kajian impak sosial, alam sekitar dan pengangkutan, yang diperlukan sebelum kelulusan sebarang pembangunan.


"Banyak mesyuarat, bantahan dan bantahan konkrit telah dibangkitkan untuk menghentikan PJD Link tetapi ia seolah-olah tidak dapat didengari, terutamanya oleh Menteri Kerja Raya," katanya.


Oleh itu, Maria membidas cara kerja Kementerian Kerja Raya dan kerajaan Malaysia yang ketingalan zaman, tidak diamalkan di negara maju serta gagal mengambil kira pendapat penduduk terjejas di sepanjang laluan lebuh raya


"Adalah pra-matang bagi Menteri Kerja Raya untuk meluluskan kerja-kerja pembangunan tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri dan penduduk.Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini dan membangunkan satu

lagi lebuh raya bertingkat adalah langkah yang salah.


"Semua lebuh raya ini memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri masing-masing setelah menunjukkan ia memenuhi 3 laporan di atas. (Dalam hal ini) saya menggesa kerajaan negeri Selangor menolak PJD Link dan mencari alternatif sistem pengangkutan awam yang lebih mampan," katanya.


Tegas beliau, satu mesyuarat perundingan antara Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan penduduk sangat berguna dalam menyelesaikan kedudukan Selangor di dalam PJD Link Sistem.


Pengangkutan bawah tanah atau pintar, katanya, akan membantu mengurangkan kesesakan, menyediakan akses mobiliti yang lebih besar untuk golongan muda, warga emas serta golongan kurang upaya dan pastinya menyelamatkan bumi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page