top of page

Lebihan hasil Selangor untuk tambah peruntukan kepada rakyat



Kejayaan Negeri Selangor mengutip hasil melebihi sasaran ternyata memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu apabila ia digunakan untuk menambah peruntukan kebajikan rakyat saban tahun.


Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, pelbagai inisiatif digerakkan bagi mengembalikan hasil itu termasuk melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang mengandungi 46 program


"Kerajaan Negeri tidak pernah mengurangkan malah setiap tahun menambah peruntukan kebajikan dan program kemasyarakatan.


"Kita bantu mereka yang susah, tingkat keupayaan dan semangat dalam kalangan rakyat. Sikap tidak kedekut dengan rakyat telah bawa limpahan rezeki lebih banyak kepada negeri," jelasnya pada sambutan perayaan Ponggal peringkat negeri di Kuala Langat.


Amirudin sebelum ini mengumumkan Selangor mengutip hasil RM2.7 bilion setakat 31 Disember lalu sekali gus melebihi sasaran ditetapkan manakala hasil negeri berakhir 31 Disember 2022 dan 2021 masing-masing RM2.57 juta dan RM2.3 juta.


ISP merujuk kepada tekad dan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memastikan program kebajikan lebih menepati kehendak semasa rakyat


Inisiatif itu dipecahkan kepada enam kategeori utama iaitu Iltizam Kesihatan Selangor, Iltizam Keusahawanan Selangor, Iltizam Mesra Anak Selangor, Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, Iltizam Pendidikan Selangor dan Iltizam Perumahan Selangor yang mana masing-masing kategori dipecahkan kepada program-program lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page