top of page

Lebih ramai rakyat hilang kerja di bawah BN - PN daripada PH - Sany Hamzan



Kempen awal BN menjelang pilihan raya yang digerakkan oleh laskar siber menuduh 55,000 kakitangan kerajaan telah hilang pekerjaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan apabila beberapa agensi dibubarkan.


Bagaimanapun, menurut Pengarah Mobilisasi AMANAH, Mohd Sany Hamzan, penyebab kakitangan kontrak tesebut diberhentikan kerana mereka lebih cenderung sebagai alat propagadan BN dan bukannya kakitangan yang berkhidmat membantu memperbaiki kehidupan rakyat terbanyak.


"Perlu diingat agensi-agensi ini telah ditubuhkan oleh kerajaan BN untuk menjadi jentera politik mereka semata-mata.


"Antara agensi berorientasi politik BN yang dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).


"Sila senaraikan apakah pencapaian yang telah diperoleh agensi-agensi ini melainkan sekadar menjadi ejen politik kepartian BN semata-mata?


"Umno tidak pernah bertanggungjawab dengan pembaziran yang dibuat walaupun negara dilanda hutang yang tinggi. Pembubaran agensi-agensi ini tidak dibuat secara semberono.


"Berdasarkan kepentingan yang tidak signifikan, pembubaran adalah perlu bagi menjimatkan wang negara sehingga RM500 juta. Hal ini turut disokong oleh pakar-pakar ekonomi pada ketika itu," kata Sany dalam kenyataan hari ini.


Sebaliknya, ADUN Templer itu mengingatkan rakyat Malaysia kerajaan manakah yang telah menyebabkan banyak syarikat muflis pada era Perintah Kawalan Pergerakan yang terpanjang di dunia kalau bukan PN - BN?


Katanya, rakyat Malaysia tidak perlu termakan dengan propaganda murahan yang dimainkan oleh Umno. Umno lebih memikirkan golongan yang hilang kerja akibat lantikan politik yang pernah dibuat semasa pentadbiran mereka.


Namun katanya, Umno lupa bahawa lebih ramai rakyat bawahan termasuk lepasan universiti yang kehilangan kerja akibat kegagalan BN - PN mengurus ekonomi negara.


"Akibatnya, banyak syarikat terpaksa ditutup sehingga menjejaskan peluang pekerjaan kepada orang tempatan.


"Oleh itu, saya menyeru rakyat agar membuat pilihan bijak dalam PRU-15 ini dan tidak terpengaruh dengan propaganda murahan atau fitnah Umno yang sedang lemas terkapai-kapai dengan masalah yang mereka cipta sendiri," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page