top of page

Lebih banyak tentera diturunkan dalam misi bantuan banjir - PM Anwar



Banjir yang semakin buruk di Pantai Timur melibatkan mangsa melebihi 70,000 orang terutama di Kelantan dan Terengganu akan ditangani dengan menambah bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia bagi melaksanakan misi bantuan.


Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, mesyuarat kabinet pada pagi tadi memutuskan untuk menambah misi menyelamat mangsa banjir di kedua dua negeri yang terjejas teruk itu.


"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini kita tumpu banjir Kelantan, Terengganu. Pantau dan ambil tindakan segera. Laporan kepada Jemaah Menteri (telah diterima) dan sebentar lagi saya akan ke Kelantan dan pengumuman banjir akan dilakukan di sana.


"Saya telah mendengar laporan di lapangan dan (dari) Kerajaan Negeri. Pandangan juga telah dikemukakan untuk melibatkan badan sukarela dan NGO dari segi kebajikan dan bantuan


"Penglibatan lebih besar daripada Angkatan Tentara Malaysia dan beberapa kemudahan yang sedia ada akan dimanfaatkan untuk maksud itu," katanya dalam sidang media di Putarajaya, sebentar tadi.


Dalam sidang media itu juga Anwar menyentuh mengenai pembatalan sambutan ambang tahun baharu 2023 di Kuala Lumpur bagi menghormati mangsa bencana alam yang berlaku dalam bulan Disember ini.


"Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, maka kita putuskan sambutan besar besaran ambang tahun baharu Disember di Dataran Merdeka dibatalkan," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page