top of page

Lebih banyak latihan kemahiran TVET untuk anak muda - AMH



Manifesto Angkatan Muda Harapan (AMH) yang dilancarkan hari ini mengutamakan latihan kemahiran TVET bagi lepasan SPM agar mereka tidak terus masuk ke pasaran kerja bergaji rendah tanpa kemahiran yang sesuai.


Timbalan Ketua AMH, Hasbie Muda berkata, Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan sistem perkembangan kerjaya sekiranya berjaya memerintah Malaysia.


"Syarikat penyedia ekonomi gig akan diberikan peruntukan khas sekiranya mereka menyediakan kemahiran dan kerjaya ekonomi gig.


"Manakala lepasan SPM ke bawah akan diberi latihan TVET. Maknanya ekonomi gig bukan hanya kita biarkan mereka di situ tetapi kita galakkan syarikat penyedia perkhidmatan itu untuk mewujudkan latihan kemahiran untuk prospek yang lebih baik," katanya.


Selain itu, katanya, sektor pertanian sama ada syarikat atau petani kecil akan diberi perlepasan cukai untuk memperkasa program usahawan muda dan padanan bakat bagi anak muda yang berminat dalam sektor pertanian moden.


PH juga bakal menganjurkan kemahiran urus kerjaya atlet e-sukan. Kata hasbie, pada peringkat awal pembabitan atlet akan didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan dan kemahiran berkomunikasi.


Ketua Pemuda Amanah itu juga berkata, PH memutuskan untuk memperbaiki dasar gaji minima yang diperkenalkan pada 2018 lalu.


"Sebagaimana kita tahu PH memperkenalkan dasar ini tetapi sekarang dilaksanakan dalam keadaan tidak menyeluruh. Ada sektor tidak bersedia, sekiranya dilaksanakan, mereka terpaksa kurangkan pekerja. Tawarannya, kita memperhalusi dengan pemegang taruh berkaitan.


"PH juga akan menangani halangan diskriminasi dalam pekerjaan dan kita akan wujudkan jawatankuasa khusus untuk menghapus diskriminasi ini," katanya.


Bagi sektor tenaga boleh diperbaharui pula, kata Hasbie, PH akan meningkatkan pelaburan untuk mencapai sasaran 50% dalam sasarannya. Banyak insentif kepada premis persendirian termasuk perumahan akan disediakan untuk beralih kepada tenaga solar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page