Lebih baik Menteri Wilayah tinjau jalan berlubang daripada terus bermain politik



Kemalangan maut yang menimpa seorang warga emas setelah melanggar lubang di atas jalan raya ketika menunggang motorsikal kelmarin sewajarnya menjadi peringatan kepada menteri untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.


Menurut Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran, kejadian kemalangan menghala ke pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur itu seharusnya menyedarkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa untuk bekerja lebih keras bagi memastikan jalan raya di ibu negara dalam keadaan selamat, daripada sibuk bermain politik.


"Perkara seumpama ini bukanlah baharu, bahkan kerap juga terjadi di mana-mana kawasan yang tidak di pantau rapi oleh Pihat Berkuasa Tempatan.


"Justeru itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan menggesa Tan Sri Annuar memainkan peranan mengatasi masalah jalan raya yang telah rosak di sekitar ibu negara dan sebaiknya turun padang untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang sedang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta ketidakstabilan ekonomi.


"Kami juga menggesa Menteri Wilayah Persekutuan agar tidak terus bermain politik hingga menyebabkan kepentingan rakyat di Wilayah Persekutuan terabai," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ketua AMK Wilayah itu juga menasihatkan warga kota agar lebih prihatin dan cakna melaporkan sebarang kerosakan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang serupa berulang.


"Kami juga amat yakin ramai pengguna jalan raya yang merasa kurang berpuas hati apabila melalui jalan raya yang rosak dan berbahaya.


"Seharusnya anda membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya mereka dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengurangkan risiko kemalangan terhadap pengguna jalan raya yang lain," katanya.


Dalam pada itu, AMK Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya berkenaan dan berharap kemalangan itu merupakan yang terakhir berlaku berpunca daripada kerosakan jalan.


Pada 3 Januari lalu, seorang warga emas berusia 75 tahun terbabas setelah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra. Mangsa, Ho Yan Fee dilaporkan mati di lokasi kejadian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio