top of page

Lebih 60,000 Rumah Selangorku dilancar, penuhi manifesto PRU negeri



Sejumlah 60,843 unit Rumah Selangorku dilancarkan setakat Januari lalu daripada 200,000 unit yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya negeri tahun lalu, demikian menurut Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri.


Borhan Aman Shah berkata, daripada jumlah yang dilancarkan itu sebanyak 37,008 unit telah berjaya disiapkan dengan pembeli sudah menerima kunci kediaman masing-masing manakala baki 23,835 unit lagi sedang dalam proses pembinaan.


"Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri menyasarkan 5,997 unit lagi akan siap dibina manakala 17,229 unit rumah akan memulakan pembinaan di lapangan.


"Bagi mencapai sasaran tersebut juga, pembinaan kediaman komersial seperti pangsapuri perkhidmatan mampu milik akan diambil kira," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.


Borhan menjelaskan setakat ini sebanyak 12,834 unit rumah mampu milik yang harganya dikawal Kerajaan Negeri dalam proses pembinaan manakala 4,891 lagi dalam perancangan kelulusan.


"Secara keseluruhan dijangka sebanyak 40,951 daripada 200,000 unit yang disasarkan telah ditawarkan kepada orang awam dalam 2024 sahaja iaitu 20 peratus.


"Dari segi pencapaian manifesto, sasaran 200,000 pada tahun 2029 akan dapat dicapai kerana rekod bilangan melebihi 60,000 unit sehingga Januari lepas," katanya.


Beliau menjawab soalan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status pembinaan 200,000 Rumah Selangorku yang dijanjikan dalam manifesto gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri lalu.


Pada Pilihan Raya Negeri Selangor yang berlangsung Ogos tahun lepas, gabungan PH-BN menerusi tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun antara lain menjanjikan pembinaan 200,000 rumah Kediaman Kita Selangor dalam tempoh lima tahun sebagai tawaran sekiranya dipilih membentuk kerajaan negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page