top of page

Kerajaan Persekutuan perlu beri dos penggalak kepada Exco, ADUN negeri


Kerajaan Negeri Sembilan meminta kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini bagi meningkatkan perlindungan diri daripada wabak berkenaan memandangkan golongan itu perlu berurusan dengan rakyat.


"Sebahagian besar Ahli Parlimen sudah menerima dos penggalak, justeru di peringkat negeri kita cadang supaya kami diberi dos berkenaan demi menjamin keselamatan," katanya.


Setakat ini, seramai 3,442 petugas barisan hadapan di Negeri Sembilan telah menerima suntikan dos penggalak sejak 22 Oktober lalu, dengan warga emas berusia 60 tahun ke atas juga akan diberi dos penggalak.


Dalam perkembangan lain, Aminuddin berharap kerajaan memberi tumpuan terhadap isu kenaikan harga makanan ruminan dan barang dalam sektor pembinaan pada pembentangan Bajet 2022 esok.


Katanya, pihaknya menerima maklumat terdapat kenaikan harga barang secara mendadak terutamanya dalam bidang ternakan dan pertanian yang dikhuatiri merencatkan semangat golongan muda di negeri itu untuk menceburkan diri dalam bidang berkenaan.


"Kita berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada permasalahan tersebut memandangkan sejak akhir-akhir ini ramai anak muda di negeri ini mula menunjukkan minat mengusahakan tanah terbiar dengan melakukan kerja-kerja pertanian," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page