top of page

Lawatan sehari Anwar bersama pimpinan KEADILAN Melaka serah bantuan banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 7, 2022
  • 1 min read


Lawatan sehari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bersama pimpinan KEADILAN Melaka berjaya menyerahkan bantuan banjir di beberapa kampung yang terjejas teruk dilanda banjir minggu lalu.


Dalam lawatan tersebut, di Kampung Balai Panjang, Parlimen Kota Melaka rombongan presiden bertemu Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Alui yang membuat lawatan di sana.


Menurut Rusnah masalah penduduk di kawasan itu, sekiranya mereka menghadapi banjir kilat maka tidak mendapat bantuan banjir diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.


"Banjir kilat bukan bencana, ini yang pening," katanya.


Manakala Datuk seri Anwar berpendapat Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) perlu bertindak membesarkan saliran sedia ada di kawasan berkenaan bagi mengelakkan banjir yang kerap.


"Di Port Dickson (banjir) sebab air pasang, hujan, naik sikit (air) kita faham. Macam ini kalau biasa JPS perlu (bertindak). Ini kata duit tak ada, projek bilion bilion boleh," katanya.


Sementara penduduk tempatan yang ditinjau Suara Keadilan pula merungut apabila mereka yang tidak berpindah ke Pusat Penempatan Sementara banjir dikatakan tidak layak mendapat bantuan kerajaan.


Sedangkan pada hari kejadian, kata mereka, pihak berkuasa di kawasan tersebut menggalakkan mereka duduk sementara di rumah saudara mara untuk lebih selesa.


Dalam rombongan itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan bantuan berupa tilam dan dapur memasak kepada setiap mangsa banjir yang disinggahi rombongan presiden.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page