top of page

Lawatan rasmi PM ke Brunei petang ini, penuhi undangan Sultan



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussalam bagi memenuhi jemputan Sultan Hassanal Bolkiah.


Ia merupakan lawatan rasmi negara kedua buat Anwar sejak dilantik perdana menteri ke-10 pada 24 November tahun lalu.

Perdana menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 3.30 petang ini bagi lawatan dua hari itu.


Difahamkan, Perdana Menteri akan akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan akan menghadap menghadap Sultan Brunei di Istana Nurul Iman pada Rabu disusuli dengan majlis santapan rasmi yang dihoskan Sultan Brunei.


Pada pertemuan itu kedua-dua pemimpin dijangka akan mengambil peluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.


Perdana menteri kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan juga Agensi Pelaburan Brunei (BIA).


Dalam lawatan kali ini, Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.


Selain perbincangan berhubung kerjasama dan pelaburan, Malaysia dan Brunei turut dijangka akan membincangkan pendirian kedua-dua negara dalam isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden.


Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page