top of page

Lawatan PM ke Singapura teroka peluang kerjasama baharu



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Republik Singapura hari ini atas jemputan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.


Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan tersebut akan diiringi Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan disertai delegasi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.


Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari Tun Abang Haji Openg dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijadualkan akan turut serta dalam lawatan tersebut.


"Perdana Menteri akan bertemu pemimpin-pemimpin Singapura termasuk Presiden Republik Singapura, Halimah Yacob, dan Perdana Menteri Republik Singapura Lee Hsien Loong.


"Kedua-dua Perdana Menteri juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kerjasama dalam data, keselamatan siber dan ekonomi digital serta dua kerangka kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau," kata Wisma Putra.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu juga turut dijadualkan menghadiri pertemuan khas dan beramah mesra dengan komuniti diaspora Malaysia yang menetap di Singapura.


Pada 8 Januari lalu, Anwar mengadakan lawatan rasmi pertamanya sejak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan mengadakan lawatan kerja ke Indonesia, kemudian pada Selasa lalu beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama dua hari bagi memenuhi undangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.


Seperti kedua-dua kunjungan, lawatan Perdana Menteri ke Singapura kali ini bukan sahaja bagi mencerminkan hubungan akrab antara dua negara berjiran, namun membuka peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk meneroka banyak peluang kerjasama.


Pemimpin kedua-dua negara dijangka akan membincangkan beberapa isu serantau terkait kepentingan bersama.


Untuk rekod, Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan paling besar dalam kalangan 10 negara rantau Asia Tenggara sepanjang tahun lepas.


Kedua-dua negara merekodkan nilai perdagangan yang berjumlah RM367.53 bilion dengan peningkatan sebanyak hampir 30 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page