top of page

Lawatan PM ke Sarawak tetapkan halatuju penting MA63



Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.


Perdana Menteri yang tiba ke negeri Bumi Kenyalang pada petang semalam bagi lawatan kerja selama dua hari disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.


Mesyuarat hari ini yang akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga ditunggu-tunggu rakyat kedua-dua negeri dalam melihat bagaimana pentadbiran Anwar akan memberi fokus penyelesaian isu-isu berkaitan MA63.


DS Anwar menghadiri makan malam diiringi Primier Sarawak dan TPM Fadillah Yusof

Autonomi kesihatan, mekanisme pelaksanaan projek bawah RM50 juta dan penurunan kuasa Persekutuan kepada jabatan dan agensi negeri dijangka menjadi mauduk perbincangan pada mesyuarat itu.


Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Unimas, Dr Arnold Puyok ketika mengulas lawatan itu berkata ia memperlihatkan komitmen kerajaan perpaduan terhadap usaha pembangunan Sabah dan Sarawak.


Lawatan itu juga jelasnya mungkin akan digunakan Perdana Menteri untuk memperjelaskan haluan kerajaan selain memperkasakan hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan lebih efektif.


"Saya percaya lawatan ini akan digunakan untuk menetapkan arah bagaimana MA63 itu dapat diangkat semula dan bagaimana kedudukan Sabah dan Sarawak dapat diperkasa," katanya dipetik laporan Awani.


Difahamkan sebaik menghadiri mesyuarat itu, Anwar akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Petrajaya sebelum menghadiri Kenduri Rakyat sempena Program Jelajah Kerajaan Perpaduan di Kubah Ria.

Beliau kemudian dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Demak Jaya sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page