top of page

Lawatan PM ke Kazakhstan bincang industri halal, pelaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17, 2024
  • 1 min read

ree

Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan ke sebuah lagi negara Asia Tengah iaitu Kazakhstan.


Menurut Anwar, beliau dan delegasi Malaysia disambut secara rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda) semalam.


"Usai sambutan rasmi, saya dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.


"Kami berdua kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara yang merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal," katanya.


Tegas Anwar, kedua dua negara bersetuju untuk memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu di antara republik itu dan Malaysia.


Kemudian beliau dan delagasi, katanya, diraikan dengan majlis makan malam selain dibawa melawat di kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page