top of page

Lawatan PM ke Jepun temui 25 syarikat terkemuka



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke bahagian dunia mana pun tidak lengkap sekiranya tidak menemui tokoh perniagaan atau syarikat besar yang berminat untuk melabur di Malaysia.


Kunjungan Anwar ke Jepun menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun kali ini juga membawa beliau bertemu dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun.


"Dalam lawatan kerja ke Jepun, saya berkesempatan bersemuka dengan tiga syarikat utama Jepun yakni ROHM WAKO Co. Ltd, yang diketuai pengerusinya Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh naib presiden kanan Matsuki Toshiya dan Mitsui & Co oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Kenichi Hori.


"Seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan, saya maklumkan hadirin, dan memberi jaminan bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia," kata Anwar di Facebook.


Sejurus selepas peremuan itu, PM menyertai persidangan meja bulat pula bersama ketua-ketua industri di Tokyo yang menghimpunkan wakil 25 buah syarikat besar.


Dalam kesempatan itu PM menjelaskan walaupun Kerajaan Madani hanya baru berusia setahun namun ia amat stabil dan mempunyai dasar yang jelas untuk memacu pertumbuhan di Malaysia.


"Saya juga menzahirkan penghargaan dan kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang disertai 25 syarikat pelbagai ruang lingkup perusahaan.


"Terima kasih Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (JAMECA) Malaysia atas usaha mereka membantu mengatur mesyuarat dan sesi persidangan meja bulat hari ini yang memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan delegasi Malaysia," katanya.


PM berharap lebih banyak pelaburan akan masuk ke Malaysia selepas dua pertemuan berkenaan.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page