top of page

Lawatan PM ke Itali, Perancis, Sidang BRICS buka laluan ke pasaran baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

Oleh: Hasbul Ahmad


Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali dan Perancis kemudian ke Brazil bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS baru-baru ini dilihat sebagai langkah strategik Malaysia dalam menempatkan diri secara aktif di tengah-tengah perubahan landskap geopolitik dan ekonomi global yang kian terpolarisasi.


Menurut pakar geostrategis, Profesor Azmi Hassan (gambar), strategi Perdana Menteri itu bersifat jangka panjang, bukan semata-mata soal nilai pelaburan, malah membabitkan misi pembukaan laluan strategik baharu untuk Malaysia dan ASEAN menembusi pasaran yang selama ini kurang diterokai seperti Amerika Latin, selain memperkukuh hubungan dengan Eropah serta blok Global Selatan.


"Ramai pihak yang mengkritik lawatan Perdana Menteri dari segi pelaburan ekonomi. Mereka bertanyakan berapa banyak pelaburan yang dibawa? Saya rasa pandangan itu kalau nak dikaitkan lawatan Perdana Menteri ataupun lawatan pemimpin-pemimpin lain ke luar negara adalah kritikan yang naif ataupun dangkal.


"Kerana dari segi strateginya, ia merangkumi lebih daripada ekonomi tapi kepentingan geopolitik. Ambil contoh di mana lawatan Perdana Menteri ke Itali dan juga ke Brazil, di mana kedua-dua pemimpin, Giorgio Melani (Perdana Menteri) Itali dan juga (Presiden) Lula daripada Brazil sudi untuk hadir dalam sidang kemuncak ASEAN Oktober akan datang.


"Saya anggap ini pertama kali bagi kedua-dua negara ini hadir sidang kemuncak (ASEAN). Jadi isunya adalah Perdana Menteri membuat lawatan itu bukan sebagai Perdana Menteri Malaysia sahaja tapi juga sebagai pengurusi ASEAN.


"Kenapa Itali dan Perancis dipilih? Kerana ketika ini ASEAN dengan Kesatuan Eropah sedang berbincang mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang belum lagi dimuktamakan.


"Jadi ini penting untuk membuka pasaran sebelum dimuktamakan bukan sahaja untuk Malaysia tapi juga untuk negara-negara ASEAN," kata Prof Azmi kepada Suara Keadilan.


Menurut beliau, kehadiran perdana menteri di Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pula tepat pada masanya kerana forum ekonomi itu mewakili lebih 50 peratus populasi dunia dan semakin mendapat perhatian negara-negara membangun.


"Lawatan ini membolehkan Malaysia meneroka peluang perdagangan rentas benua, khususnya ke Amerika Latin yang dilihat sebagai pasaran baharu dengan potensi besar bagi produk dan perkhidmatan dari Malaysia, khususnya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


"Pasaran baru di Amerika Latin amat penting. Selama ini kita terlalu bergantung kepada pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat. Inilah masa untuk kita bergerak keluar dari zon selesa," ujarnya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page