top of page

Lawatan PM ke China: 3 MoU RM19.84 bilion dimeterai



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion antara syarikat Malaysia dan China sempena lawatan kerja ke Nanning, China pada Ahad.


Maklumat dikongsi Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan MoU pertama dengan nilai pelaburan dianggar RM15 bilion (AS$5.2 bilion) adalah antara Citaglobal Bhd dan Shanghai Sus Environment, yang mana kedua-dua syarikat akan meneroka potensi kerjasama pembangunan loji jana kuasa sisa kepada tenaga di Malaysia.


Selain itu, MoU bernilai kira-kira RM2.34 bilion (AS$500 juta) pula membabitkan kerjasama PM Access World dan Beibu Gulf Port Group membabitkan kerjasama pergudangan dan logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu rantau ini untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi serta Malaysia.


GuangXi Beibu Gulf International Port Group pula menandatangani MoU dengan nilai RM2.5 bilion dengan Sime Darby Oils International Ltd membabitkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.


Selain Anwar, turut hadir pada acara tersebut adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.


Anwar mengadakan lawatan kerja sehari ke Nanning atas undangan Perdana Menteri China, Li Qiang bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 di sini.


Selain itu Anwar turut menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Premier China, Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN.


Beliau juga menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan CAEXPO Ke-20, serta merasmikan pembukaan astaka pameran 'Malaysian Pavillion' dan memperkenalkan buah nangka dari Malaysia, kepada peserta CAEXPO dan bagi pasaran China.

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page