top of page

Lawatan PM ke Arab Saudi langkah tepat rangsang ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 27, 2023
  • 1 min read


Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi disifatkan langkah paling tepat untuk kembali merangsang ekonomi negara.


Pandangan itu dinyatakan seorang penganalisis ekonomi, Dr Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif, Center for Market Education


Beliau berkata, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi penting bagi menghadapi persaingan global meliputi persaingan pemain industri baharu dalam pasaran khususnya dalam sektor kewangan mampan.

"Baru-baru ini, bank Amerika Syarikat, Silicon Valley menutup perkhidmatan mereka. Oleh itu, pembangunan alternatif dalam bidang kewangan sangat penting.


"Jadi ini peluang Malaysia mewakili Asia Tenggara dan Arab Saudi mewakili negara Timur Tengah untuk mengadakan sesi dialog untuk membangunkan sistem kewangan baharu yang setakat ini dikuasai Eropah," katanya dipetik RTM.


Pembangkang sebelum ini cuba memberi gambaran kononnya lawatan rasmi Anwar ke Arab Saudi sebagai gagal.


Mereka memberi alasan kerana tiadanya pertemuan dengan pemimpin utama negara terbabit.


Namun semalam, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah meminta Perdana Menteri melanjutkan tempoh lawatan rasmi ke negara itu supaya pertemuan antara beliau dan pemimpin negara berkenaan dapat diadakan.


Anwar bagaimanapun terpaksa menolak permintaan berkenaan kerana terikat dengan jadual tugas yang ketat.


Hari ini Anwar dijadual akan mengadakan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Kemboja, seterusnya ke Hainan dan Beijing, China pada Rabu untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page