top of page

Lawatan PM India perkukuh hubungan, pacu perdagangan, ekonomi

  • 2 hours ago
  • 1 min read

Lawatan PM India Narendra Modi meningkatkan hubungan ekonomi, teknologi dan pelancongan
Lawatan PM India Narendra Modi meningkatkan hubungan ekonomi, teknologi dan pelancongan

Jemaah Menteri dimaklumkan mengenai hasil lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia yang menyaksikan pemeteraian sejumlah memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, hubungan baik dan erat antara Malaysia dan India dilihat berpotensi memacu peningkatan perdagangan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai sektor.


"Jemaah Menteri dimaklumkan hasil lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi dan sejumlah MoU telah ditandatangani. Hubungan yang baik dan erat di antara kedua-dua negara dilihat dapat memacu perdagangan serta hubungan dua hala antara Malaysia dan India," katanya dalam sidang media hari ini.


Menurut beliau, kerajaan menjangkakan limpahan positif hasil kerjasama tersebut, sama ada dari segi pelancongan mahupun pertumbuhan ekonomi.


"Kita jangka limpahan sama ada dari segi pelancongan atau ekonomi dijangka positif untuk Malaysia," ujarnya.


Untuk rekod, Modi tiba di Malaysia pada 7 Februari lalu dalam lawatan dua hari ke negara ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page