Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan kerja selama 5 hari ke Jerman hari ini dengan meraih kejayaan dalam hubungan perdagangan, pertukaran teknologi dan dasar luar.
Menurut beliau, lawatan ke Jerman telah mengukuhkan persahabatan Malaysia dengan negara ekonomi kedua terkuat di Eropah selepas Rusia itu.
"Menamatkan lawatan rasmi selama lima hari ke Jerman.
"Secara keseluruhannya, lawatan sulung saya ke Jerman ini mencapai objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara serta meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.
Bagi PM, beliua berharap lawatan berkenaan juga akan lebih mempercepatkan pelaburan Jerman di Malaysia dan terutama pemindahan teknologi serta latihan pekerja berkemahiran yang mana Jerman menguasai pelbagai skil pembuatan produk berteknologi tinggi.
"Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini menjanjikan masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat di kedua-dua negara," katanya.
Dalam sidang media terakhir di Jerman itu juga, PM mengucapkan terima kasih kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan berkenaan berhasil.
Untuk rekod, Malaysia telah meraih pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion dari Jerman sepanjang lawatan ini.
Comments